Anda mempunyai hobi dalam membuat roti, kek, pastry dan sebagainya? Jika ada, pasti anda terfikir dan tidak tahu untuk memilih alat pengaduk adunan yang manakah perlu anda dapati. Alat pengaduk adunan atau lebih dikenali sebagai “Stand Mixer” ini merupakan salah satu alat yang dapat memudahkan kerja pengadunan pastri anda. Setiap mixer dengan kuasa ataupun watt yang lebih tinggi akan mampu untuk mengendalikan apa jua jenis doh. Malah, ianya akan dapat memudahkan dan mempercepatkan lagi kerja kerja mengadun roti, kek dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa, “Stand Mixer” adalah lebih bagus penggunaannya berbanding “Hand Mixer” yang ada dipasaran. Ini kerana, dengan menggunakan “Stand Mixer” akan dapat menjimatkan lebih banyak tenaga kerana ianya tidak perlu untuk dipegang saat menggunakannya. “Stand Mixer” telah direka khas bentuknya dan mempunyai rangka yang dapat mendirikan mixer tersebut. Dengan ini, terdapat banyak tips untuk membeli Stand Mixer yang berkualiti dan standing dengan harga jualannya.
Tip 1 – Perhatikan Kuasa pada Stand Mixer Anda
Ini kerana ia bergantung pada prestasi dan kelajuan memproses produknya. Kuasa yang lebih banyak, doh lebih banyak boleh mengasah peranti. Jadi, anda perlu memilih Stand Mixer yang membekalkan kuasa tenaga yang lebih besar agar Mixer tersebut dapat mengadun dan menguli doh anda dengan sebaiknya. Cuba anda bayangkan jika kuasa mixer tersebut tidak mencukupi,kuantiti doh yang banyak tidak dapat diuli dengan sebati kerana mixer itu tidak berupaya untuk mengendalikannya.
Tip 2 – Meneliti Bahan-bahan yang Digunakan dalam Pembuatan “Stand Mixer”
Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan seperti plastik, keluli, besi dan sebagainya dalam penghasilan “Stand Mixer” ini. Bahan yang terbaik dapat menghasilkan “Stand Mixer” yang berkualiti dan tahan lama. Oleh yang demikian, pastikan anda melihat dengan lebih teliti dalam jenis bahan yang digunakan untuk “Stand Mixer” yang ada di pasaran.
Tip 3 – Memilih Jumlah Mangkuk yang Bersesuaian
Pengadun dilengkapi dengan mangkuk dari 1.5 hingga 6 liter. Daripada penunjuk ini, bergantung kepada jumlah maksimum produk yang anda boleh campurkan pada satu masa. Tetapi tidak ada had minimum untuk “Stand Mixer” walaupun dalam mangkuk terbesar, anda boleh campurkan beberapa telur atau sedozen sama dengan baik. Rahsia keupayaan ini terletak pada sistem pencampuran yang sama atau dalam putaran bukan sahaja dari muncung, tetapi juga dari mangkuk.
Bukan itu sahaja, malah terdapat banyak lagi tip dan cara-cara dalam memilih “Stand Mixer” yang berkualiti dan bagus. Dengan ini, tidak dapat disangkalkan lagi bahawa produk Stand Mixer Kitmens ini memadai semua ciri-ciri mixer yang terbaik. Ia mempunyai ciri-ciri yang amat menarik di mana ia tidak menghasilkan bunyi yang bising semasa pengendalian pengadun uli ini. Bahkan, ia juga mempunyai kuasa yang tinggi dimana ia dapat mengadun doh secara berterusan tanpa cacat cela. Malah, ia juga dapat mengadun tepung dengan baik sehingga mencecah 1 kilogram berat tepung. Bukan setakat itu juga, Stand Mixer Kitmens ini dapat bertahan bertahun tahun lamanya dan ianya merupakan mixer yang bermutu tinggi.